Isnin, 15 Julai 2013

Kronologi berhubung dakwat kekal

Oleh The Malaysian Insider

Tiada tempat dalam dunia ini yang mempunyai terlalu banyak kontroversi berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya.

Apakah kandungannya? Berapa banyak nitrat perak? Mengapa ianya mudah ditanggalkan? Siapakah pengedar? Ini adalah persoalan yang timbul semenjak 2011, dua tahun sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei.

The Malaysian Insider menyiarkan semula beberapa kenyataan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwat kekal.

- 19 Disember, 2011: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan dakwat kekal akan digunakan dalam PRU13 untuk menghalang pengundian berulang. Beliau memberi jaminan dakwat akan mengandungi 4 hingga tujuh peratus nitrat perak yang boleh tahan sehingga tujuh hari. SPR mengumumkan penggunaan dakwat kekal selepas didesak oleh Bersih dan parti pembangkang.

- 14 Mac, 2012: SPR mengatakan akan terdapat dua dakwat kekal dengan warna berlainan untuk membezakan pengundi awal dan pengundi biasa.

- 24 Mei, 2012: Bersih mahu tahu mengapa peraturan yang dibuat SPR berhubung penggunaan dakwat kekal tidak dilanjutkan kepada penggundi awal. Bersih juga mempersoalkan keberkesanan meletakkan satu garis dakwat kekal di jari berbanding mencelupkan jari ke dalam dakwat kekal.

- 11 April, 2013: Abdul Aziz memberi jaminan kepada orang awam dakwat kekal yang akan digunakan dalam PRU13 akan berbeza dengan dakwat-dakwat di luar sana bagi menggelakkan ianya disalahgunakan. – 15 Julai, 2013.

-  30 April: Pengundian awal bermula dan beberapa laporan polis dibuat berhubung dakwat kekal yang mudah ditanggalkan dengan menggunakan gel dan sabun. Mendengar tentang ini, Abdul Aziz mengatakan oleh kerana laporan polis sudah dibuat, terpulang kepada pihak polis untuk menyiasatnya. Ini bertentangan dengan kenyataan Abdul Aziz sebelum ini yang mengatakan dakwat tahan selama tujuh hari.

-  1 Mei: SPR membuat ujian yang mengatakan dakwat kekal tahan lebih lama jika botol digoncangkan terlebih dahulu sebelum digunakan berbanding yang tidak digoncangkan.

-  3 Mei: Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan Nurul Izzah Anwar menggesa SPR untuk menghantar dakwat kekal untuk diuji akan tetapi SPR enggan.

-  4 Mei: Abdul Aziz mengatakan dakwat yang digunakan di Malaysia hanya mengandungi 1 peratus nitrat perak.

-  5 Mei: Ribuan pengundi membuat laporan polis semasa hari mengundi oleh kerana dakwat kekal boleh ditanggalkan selepas beberapa jam mengundi. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengatakan beliau tidak boleh mengesahkan kualiti dakwat kekal. Abdul Aziz mengatakan Kementerian Kesihatan menghantar surat kepada SPR menggesa nitrat perak tidak boleh melebihi satu peratus untuk tujuan kesihatan. Akan tetapi kenyataan ini dinafikan oleh Kementerian Kesihatan pada 6 Jun. Sehingga hari ini, SPR masih belum menunjukkan surat Kementerian Kesihatan itu.

-  7 Mei: Wan Ahmad mengatakan SPR menyimpan dakwat kekal dibalai polis untuk keselamatan dan oleh kerana disimpan dengan terlalu lama, kandungan dakwat itu menjadi semakin nipis.

-  13 Mei: Abdul Aziz menyalahkan kegagalan dakwat kekal kepada pengundi yang tangannya berminyak.

-  21 Mei: Abdul Aziz mengatakan pasukan khas ditubuhkan untuk mengkaji mengapa dakwat kekal mudah dibasuh. Sehingga hari ini, tiada laporan dikeluarkan.

-  23 Mei: Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria mengatakan sesetengah petugas SPR mungkin gagal menggunakan dakwat dengan betul semasa hari pengundian.

-  17 Jun: Abdul Aziz mengakui kegagalan dakwat kekal.

-  26 Jun: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Parlimen SPR menggunakan pewarna makanan dan bukannya nitrat perak dalam dakwat kekal.

-  27 Jun: Wan Ahmad mengatakan nitrat perak digunakan dan bukannya pewarna makanan tetapi mengatakan kandungannya 4 peratus dan bukannya 1 peratus.

-  28 Jun: Shahidan mengatakan SPR tidak bertanggungjawab dalam menentukan kadungan nitrat perak yang akan digunakan dalam PRU13.

Tiada ulasan: