Ahad, 5 Ogos 2012

Kajian; 59% Kata Tidak Kepada BN Sabah

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita63/IMG_9625.jpgWartawan Buletin

DUNGUN – Ramalan menunjukkan akan berlaku perubahan politik di negeri Sabah ekoran dua orang ahli Parlimen Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim Ukim yang mengisytihar kan diri mereka keluar dari Barisan Nasional (BN).

Menurut Setiausaha Agong PAS, Dato’ Mustafa Ali, satu kajian yang dibuat baru-baru ini menunjukkan, Sabah yang selama ini menjadi penyumbang kerusi parlimen kepada Barisan Nasional (BN) sudah tidak lagi menjadi ‘deposit tetap’ kepada parti itu.

Katanya, kajian tersebut mendapati seramai 59% rakyat Sabah mengatakan tidak kepada BN dan hanya 31% yang mahu BN terus memerintah Sabah.

“kesimpulan yang didapati (kajian yang dibuat) dari responden 59% mengatakan kerajaan negeri Sabah perlukan perubahan yang lain daripada Barisan Nasional,

“(responden) yang kata BN patut diteruskan (seramai) 31%, selainnya tak tahu nak kata apa (tidak memberikan jawapan),”ujarnya.

Beliau menegaskan jumlah 59% rakyat Sabah jelas mengatakan tidak mahu kepada BN dan sekiranya baki sebanyak 41% itu memberikan sokongan, BN masih tidak boleh menang di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Iftar Sempena kutipan Dana Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, di Paka dekat sini pada Jumaat 3 Ogos.

Mengulas lanjut beliau berkata, pemerhati politik merumuskan perubahan politik di negeri Sabah berlaku setiap 13 tahun sekali.

Menurutnya, pilihanraya umum kali ini sudah mencapai tahun ke13 pemerintahan Sabah di bawah Ketua Menteri BN, Datuk Musa Aman.

“pusingannya tiap-atiap 13 tahun akan berlaku perubahan politik di negeri Sabah, daripada tempoh (datuk) Musa Aman (menjadi Ketua Menteri) sampai sekarang sudah 13 tahun,

“sudah sampai masanya akan berlaku perubahan kepada kerajaan negeri Sabah yang ada sekarang,”kata beliau.

Turut sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga selaku Pengerusi Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.

Dato’ Mustafa Ali yang juga bekas anggota Parlimen Dungun menambah, paling awal pilihanraya umum ke-13 mungkin diadakan pada bulan Oktober akan datang.

“paling awal, kemungkinan pilihanraya (umum ke-13) akan diadakan selepas bajet (2013) paling cepat bulan Oktober dan paling lewat,

“dia (kerajaan) kena bubar bulan Mac kerana tarikh akhir pilihanraya adalah bulan Mei (tahun depan),”ujarnya.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tanya responden pembangkang, mestilah keputusan jadi macam tu.

Tanpa Nama berkata...

Itu hanyalah keputusan kajian. Bukan boleh percaya sangat.

unknown berkata...

The remaining 41% say yes to BN.

unknown berkata...

Well, it's just part of the district so I don't think it represents anything.

unknown berkata...

Personally, it's just an approximate calculation.

unknown berkata...

I hope the best for Bn in the coming GE.

unknown berkata...

Good luck.

mantera berkata...

jika kajian yang dibuat pembangkang, pasti hasilnya jg memihak kepada pembangkang.

mantera berkata...

tunggu PRU baru kita tau keputusan sebenar.

Unknown berkata...

Berapa ramai responden yang digunakan?kalau dipilih di kalangan penyokong pakatan Saja, sudah pastilah lebih ramai yang berpihak pada pakatan.

Unknown berkata...

Semuanya bergantung pada rakyat PRU nanti.kita lihat sejauh mana kajian ni ada benarnya.