Jumaat, 8 Jun 2012

Umno dapat penyokong palsu, dakwa PAS

 
Mujahid Yusof Rawa berkata, mereka menghadiri program kerana diupah atau dikerah.

 

Fokus Perak


PETALING JAYA: Terkini Umno Perak mendakwa mereka telah mendapat semula pengundi Melayu yang sebelum ini menjadi punca utama parti itu kalah besar dalam pilihan raya umum 12.

Perkiraan itu berdasarkan kehadiran ahli dalam mesyuarat cawangan Umno yang sedang diadakan di seluruh negeri itu.

Ketua Umno Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata, mereka yang tidak pernah datang dari 2008 kini sudah kembali.

“Lebih mengejutkan orang PAS turut datang ke program kita, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Rosli juga yakin BN akan merampas semula Parlimen Bukit Gantang yang dimenangi bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam pilihan raya kecil 2009.

Nizar tidak laku

Katanya, ceramah Nizar sudah tidak laku, manakala PKR Perak hanya menumpang kepada PAS.

Bagaimanapun, ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa menafikan Umno telah mendapat sokongan sebenar dan tulin.

“Mereka menghadiri program Umno kerana mendapat upah atau dikerah oleh jabatan kerajaan.

“Kalau  ukuran menghadiri majlis diambil kira, ia bukan sokongan tulin,” kata pemimpin PAS itu.

Mujahid yakin dengan sokongan pengundi Cina, Pakatan Rakyat akan merampas semula Perak dalam pilihan raya umum 13.

Tiada ulasan: