Selasa, 5 Jun 2012

SPR: Penamaan calon PRU13 selesai awal

SINAR HARIAN

Sesi penamaan calon PRU13 pendek, selesai awal
 
MENJELANG PRU 13 
 
 
KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka proses penamaan calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan selesai menjelang 10.30 pagi susulan pemansuhan proses pamer dan bantah.
  
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tanpa proses itu, tugas memastikan calon yang mahu bertanding bersih dan layak terletak pada pegawai pengurus pilihan raya.
  
"Dengan pemansuhan ini, kita jangka penerimaan kertas pencalonan amat awal, sekitar pukul 9 hingga 10 pagi berbanding sehingga tengah hari pada PRU sebelum ini.
  
"Oleh itu, nama-nama calon ini dijangka diisytiharkan menjelang 10.30 pagi dan tempoh bertugas SPR menjadi singkat, namun harus diingatkan tanggungjawab kita akan meningkat sebab semua kuasa terletak kepada pegawai pengurus," katanya ketika berucap pada taklimat pilihan raya umum ke-13 bagi pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus negeri Terengganu, di sini hari ini.

Beliau juga menjangka SPR berdepan cabaran yang lebih hebat pada pilihan raya umum akan datang susulan beberapa peraturan baru yang dikuatkuasa kali ini. - Bernama

Tiada ulasan: