Selasa, 12 Jun 2012

SIAPA GALI KUBURAN LAMA TANJUNG PISAU?

Oleh : SHAIMON S JUMADI


BINCANG…Datuk Juslie dengan rombongannya sedang berbincang kepada media mengenai masalah pencerobohan tanah perkuburan tersebut.


TANAH Perkuburan Islam yang terletak di Kampung Tanjung Pisau yang ditinggalkan lebih 40 tahun lalu oleh para pewarisnya ekoran penghijrahan ke tempat lain sehingga tidak terurus telah diceroboh oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan mungkin ada kepentingan masing-masing sehingga tergamak membongkar semua kuburan untuk mengambil sisa-sisa tulang simati.

Perbuatan sebegini rupa bukan saja menjadi kemarahan di kalangan pewaris tersebut tetapi akan dilaknati Allah kerana menganiaya orang yang sudah meninggal dunia.
Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirul berkata demikian kepada media sejurus selepas lawatannya ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Pisau baru-baru ini.

Katanya, perbuatan menggali kuburan keluarga mereka tanpa pengetahuan dan tanpa meminta izin terlebih dahulu daripada pewaris terdekat amat mengecewakan. Seandainya masyarakat Islam yang melakukan kerja yang tidak diredhai Allah ini nescaya mereka akan menerima pelbagai bala dan balasan yang setimpal bukan sahaja di akhirat; kemudian tetapi azabnya mereka akan terima semasa hidup mereka dunia ini.

Apapun kata Juslie pihaknya akan menghubungi pihak tertentu untuk mengadakan penyiasatan dengan terperinci mengenai pencabulan dan pencerobohan tanah-tanah perkuburan tersebut. Biarlah undang-undang yang menghukum mereka yang didapati terlibat dalam aktiviti terkutuk itu.

PERIKSA…Juslie sedang memeriksa sebahagian kuburan yang sudah terhakis kerana dikorek untuk mengambil tulang-tulang tersebut

Bercakap mengenai situasi Kampung Tanjung Pisau yang berpontensi jika dimajukan sebagai pusat destinasi pelancongan dan taman rekreasi kerana dari segi alam sekitar flora dan Fiona masih suci belum dinodai oleh sesiapapun.

"Saya akan berbincang dengan kerajaan negeri khususnya Kementerian Pelancongan untuk mengemukakan cadangan agar Kampung tersebut agar dapat dimajukan sebagai pusat pelancongan untuk menjana pendapatan ekonomi dan memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” tegasnya.

Tiada ulasan: