Sabtu, 9 Jun 2012

Sebanyak 194,507 alamat web yang berakhir dengan .my di Internet

THE MALAYSIAN INISDER


KUALA LUMPUR— Bilangan nama domain yang berakhir dengan .my di Internet sehingga 3 Jun ialah sebanyak 194,507, kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif .my Domain Registry Norsuzana Harun.

Daripada jumlah itu, 55,000 telah didaftarkan melalui projek 2U-School khas untuk pembangunan laman web sekolah melibatkan sekolah-sekolah di Johor dan Negeri Sembilan serta projek 1Nita yang disasarkan kepada usahawan wanita industri kecil dan sederhana.

Pada tahun ini, 400 wakil sekolah di bahagian utara Semenanjung Malaysia akan mengambil bahagian dan seramai 500 usahawan wanita akan dilatih di bawah projek 2U-School dan 1Nita, katanya pada majlis sambutan Ulangtahun Ke-25 .my Domain Registry di sini malam tadi.

.my Domain Registry adalah pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia.

Sementara itu, Norsuzana berkata .My Domain Registry sedang membangunkan "sistem registry-registrar" yang bersepadu yang akan menjadi rangsangan kepada penjanaan ekonomi negara.

Ia juga menjadi platform untuk .My Domain Registry menceburi bidang Domain Name System (DNS) iaitu pusat penyimpanan semua Nama Domain yang lebih dinamik sebagai langkah permulaan. — Reuters

Tiada ulasan: