Jumaat, 1 Jun 2012

Saya dah buat penstrukturan air Selangor pada 2007′

 
Bagaimanapun, kata Dr Mohd Khir Toyo berkata, ia tidak berjaya kerana BN negeri kalah dalam pilihan raya umum 2008.




PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo mendakwa beliau telah memulakan penstrukturan air pada 2007 tetapi tergendala apabila BN kalah dalam pilihan raya umum 2008.

Menurut beliau, kerajaan Selangor waktu itu berjaya mengambilali dua syarikat pengeluar air iaitu Abbas dan Splash tetapi tidak sempat mengambilalih Puncak Niaga yang menguruskan anak syarikatnya Syabas ekoran kejatuhan kerajaan BN.

Dalam penstukturan semula itu, katanya, satu perjanjian antara kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

“Walaupun terdapat fasal-fasal mengenai kenaikan tarif air namun ia mesti dipersetujui secara bersama antara kerajaan negeri, Persekutuan dan Syabas setiap kali ada permintaan untuk menaikkan tarif tersebut.

“Kerajaan negeri telah meminta diwujudkan Panel Penentuan Tarif Air yang membabitkan wakil negeri, persekutuan dan Syabas dan juga Jawatankuasa Teknikal bagi mengkaji setiap aspek sebelum permohonan kenaikan tarif diluluskan,” kata beliau.

Syarat gagal dipatuhi

Dr Mohd Khir mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri memberi keutamaan kepada penstrukturan semula dan bukan pembinaan loji Langat 2.

Keputusan Selangor melengah-lengahkan pembinaan loji Langat 2 itu dikritik oleh pemimpin BN Selangor khususnya.

Menurut Dr Mohd Khir, dalam perjanjian tersebut mensyaratkan Syabas melakukan penggantian paip sepanjang 2,400 KM menggunakan barangan tempatan, mengurangkan NRW kepada bawah 20 peratus dan meningkatkan kualiti air sebelum boleh membuat sebarang tuntutan kenaikan tarif.

Bagaimanapun, semua ini gagal dipenuhi oleh Syabas dan faktor ini yang menyebabkan kerajaan BN Selangor itu mahu mengambilalih air

Tiada ulasan: