Rabu, 6 Jun 2012

Rafizi: Mentaliti BN masih di takuk lama

Nurul Aini Mohamed Ali

Mohd Rafizi Ramli
Mohd Rafizi Ramli
 
 
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa mentaliti Barisan Nasional (BN) masih di takuk lama apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam sanggup membuat andaian tidak masuk akal dengan mengatakan akan berlaku huru-hara sekiranya Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Hishammuddin semalam memberi kenyataan yang tidak menolak sebarang kemungkinan terjadi huru-hara apabila ada pihak yang  sanggup memperalat dan memperkuda pelajar bagi meraih undi.

"Tidak timbul isu memperalatkan atau menggunakan para pelajar kerana kita sedia maklum yang golongan pelajar kini sudah matang dan mampu membuat keputusan sendiri," katanya yang ditemui dalam program Gempur Kampus : Mansuh PTPTN dan Tuntut Pendidikan Percuma di sini, petang ini.

Beliau turut menggesa  menteri patut  turun padang bagi mendengar masalah dan luahan hati mahasiswa.

Program yang diadakan ini juga merupakan kemahuan mahasiswa sendiri untuk berjumpa sambil duduk semeja membincangkan isu pendidikan percuma ini.

"PKR sendiri sentiasa mengalu-alukan kedatangan mahasiswa dan tidak pernah timbul isu mempergunakan pelajar," tegasnya.

Turut menyertai program ini ialah Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) dan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi).

Tujuannya ialah untuk memberi penerangan secara meluas di peringkat akar umbi supaya mahasiswa dan golongan rakyat akar umbi faham mengenai polisi pemansuhan PTPTN dan dasar pendidikan percuma.

Tiada ulasan: