JULAU - Datuk Seri Najib Tun Razak terus berteka-teki mengenai
tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 ketika banyak pihak membuat pelbagai
ramalan mengenainya.
Sewaktu diajukan soalan oleh pemberita mengenai perkara tersebut, Perdana Menteri secara berseloroh menyoal kembali bilakah tarikh yang dirasakan sesuai.
"Bila awak nak? Kita selesai Hari Gawai dululah," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ngabang (Berkunjung) Gawai Dayak di Rumah Panjang Jana Saweng, Batu Matup, di sini hari ini.
Mendengarkan jawapan itu, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum mengambil peluang untuk mencelah dengan memberitahu mengenai angka yang signifikan bagi orang Iban.
Katanya, dalam pengiraan orang Iban, nombor tujuh adalah satu nombor yang baik dan cantik.
Ia disambut Perdana Menteri: "Tujuh ya... tujuh maknanya bulan depanlah," katanya sambil ketawa.
Parlimen yang dibentuk melalui Pilihan Raya Umum Ke-12 akan terbubar secara automatik pada 24 April 2013 kerana tempoh mandat yang diberikan rakyat berakhir pada tarikh tersebut.
Memandangkan umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 21 Julai depan, ramai mengandaikan pilihan raya umum dijangka berlangsung selewat-lewatnya pertengahan bulan depan.
Namun, pengumuman Najib tentang tarikh pembentangan Bajet 2013 pada 28 September depan 'merencatkan' sedikit 'peramal-peramal' tarikh pilihan raya umum dengan tanggapan semua perancangan yang digariskan dalam belanjawan itu perlu dilaksanakan dengan baik terlebih dahulu.-Utusan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan