Sabtu, 2 Jun 2012

Premis urut: Kelang beku, Kuala Selangor ‘on’

 
Di Kelang pusat urut berlesen ialah 41, manakala Kuala Selangor 10 saja.



PETALING JAYA: Jumlah sebenar premis yang menawarkan khidmat mengurut di Selangor tidak diketahui tetapi ia mudah ditemui seluruh negeri itu terutama di kawasan bandar yang pesat membangun seperti Puchong, Damansara dan Batu Caves.

Secara mudah premis mengurut terbahagi dua – berlesen dan tidak berlesen. Satu lagi perkhidmatan urut yang mungkin kurang diberi perhatian ialah perkhimatan urut bergerak yang menemui pelanggan di tempat tertentu.

Di Kelang, jumlah pusat urut berlesen ialah 41 iaitu lesen lama yang dluluskan semasa pentadbiran kerajaan BN.

“Kerajaan negeri baru selepas pilihan raya umum 2008 telah membekukan pengeluaran lesen premis.

“Kita memperbaharui lesen mereka setiap tahun dengan pemantauan yang ketat,” kata seorang pegawai unit perlesenan MPK.

Pegawai itu menambah, MPK masih mengeluarkan lesen premis reflesekogi tetapi setelah berpuas hati dengan syarat permohonan.

10 pusat di Kuala Selangor

Bagaimanpun, lain cerita  di Kuala Selangor.  Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)  mendakwa pihaknya tidak ada kuasa untuk menghadkan bilangan premis rumah urut di kawasan mereka.
Ketika ini ada 10 rumah urut di MDKS, kata setiausahanya, Azahari Sairin.

“Kami akan meluluskan sebarang permohonan membuka pusat urut selagi syarat yang ditetapkan jawatankuasa kawalan perniagaan dan kesihatan daerah Kuala Selangor dipatuhi.

“MDKS tiada alasan menolak sebarang permohonan yang dikemukakan pemilik rumah urut jika mereka benar-benar mengikut peraturan.

“…dan setakat ini PBT hanya meluluskan pusat urut refleksologi sahaja,” katanya.

Bagi ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly jumlah pusat urut di Kuala Selangor masih kecil dibandingkan dengan daerah lain.

Polis daerah pula telah mengadakan operasi sebanyak 14 kali  tetapi belum menemui bukti ada kegiatan maksiat.

Hampir semua premis yang diperiksa mempunyai lesen dan pekerjanya mempunyai dokumen sah.
Tiada papan tanda

Seorang pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, berkata, pihaknya kerap melakukan serbuan ke atas rumah urut yang beroperasi secara haram.

Katanya, kebanyakan premis urut beroperasi di kawasan rumah kedai paling sukar dikesan.

“Sesetengahnya tidak ada sebarang papan tanda, jadi kita tidak tahu apa yang berlaku di premis berkenaan,” tambahnya.

Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap rumah urut yang melanggar syarat.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo mendakwa jumlah pusat urut di Selangor terlalu banyak berbanding semasa BN memerintah.

Tiada ulasan: