Nigel Aw
Presiden
kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata,
tindakan kerajaan menubuhkan panel bebas bagi menyiasat perhimpunan
BERSIH pada 28 April lalu membuang masa.

Katanya,
tiada apa lagi untuk disiasat kerana perhimpunan itu haram dan
melanggar arahan mahkamah dengan cuba memecahkan penghadang untuk ke
Dataran Merdeka.
Menurut Ibrahim lagi, tiada gunanya menubuhkan
panel hanya untuk memuaskan hati pihak yang menuduh polis melakukan
keganasan dalam perhimpunan itu.
Ekoran desakan pelbagai pihak,
kerajaan pada 9 Mei lalu mengumumkan penubuhan panel bebas diketuai
bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan