Rabu, 13 Jun 2012

Perang siber BN-Pakatan melihat emel ‘spam’ bertambah

 
 
KUALA LUMPUR — Adakah anda telah menerima emel spam yang berkaitan dengan kesusahan masyarakat India Malaysia dan kekurangan perhatian dari Pakatan Rakyat (PR) kebelakangan ini? Ataupun peningkatan Malaysia dalam indeks daya saing dunia yang dibuat oleh sekolah perniagaan global Switzerland, IMD?

Emel-emel ini kelihatan datang dari penyokong Barisan Nasional (BN) yang telah menambahkan aktiviti online mereka dalam satu peperangan dengan PR untuk memenangi hati dan minda penyokong.

The Malaysian Insider telah menerima sejumlah emel spam yang ditulis oleh penyokong BN yang ghairah (eager) untuk menuntut sebahagain ruang siber, pada masa di mana spekulasi kuat tentang tarikh pilihan raya umum yang akan datang masih berterusan.

Kebanyakan emel spam menyentuh isu komuniti India, dengan tajuk seperti “Malaysian Indian Welfare Association holds protest against Selangor government” (“Persatuan Kebajikan Kaum India Malaysia berprotes terhadap kerajaan Selangor”) dan “Betrayal and opportunism: the tales of the 3 newest Indian champions” (“Pembelotan dan opportunism: cerita tiga jaguh India yang terbaru”).

“Pakatan yang cedera telah melancarkan satu siri serangan, kerana sekarang sudah nyata bahawa kaum India telah muak dengan mereka dan memilih untuk menaruh keyakinan mereka semula dalam BN (yang dipimpin oleh) Najib Razak” dakwa satu emel bertajuk “Desperate to regain Indian support, Pakatan starts lying about BN” (“Terdesak untuk mendapat semula sokongan India, Pakatan mula membohong tentang BN”).

Emel itu mendakwa PR telah memperkecilkan “usaha konkrit yang diambil oleh pentadbiran Najib, mereka (PR) juga telah menyebarkan pembohongan yang berniat jahat dan bahaya”.

Emel itu juga menyenaraikan “usaha konkrit” kerajaan untuk menangani masalah dokumentasi dan pendidikan komuniti India, termasuklah pemberian biasiswa dan bantuan kewangan kepada sekolah Tamil.

Jumlah pengundi kaum India yang puas hati dengan pemimpinan perdana menteri telah menurun dari 80 peratus pada bulan Februari kepada 72 peratus pada bulan Mei, berdasarkan tinjauan pendapat yang dilakukan oleh syarikat bebas Merdeka Center.

Satu emel lagi yang bertajuk “Citizenship for Bangladeshi votes — another made-up cyber war production” ( “Kewarganegaraan untuk undi Bangladeshi — satu lagi produksi perang cyber yang direka”) telah mendakwa bahawa cybertrooper PR telah menggodam laman web millik satu unit dari Pejabat Perdana Menteri Bangladesh.

Emel itu mendakwa bahawa maklumat palsu kemudian telah diletakkan di laman web itu, di mana ia dinyatakan bahawa warganegara Bangladesh diberi kewarganegaraan Malaysia kalau mereka mengundi untuk BN.

“Akhirnya, adakan ada sebarang bukti bahawa pekerja Bangladesh yang memegang IC Malaysia telah dibenarkan untuk mengundi untuk BN di sebarang pilihan raya, memandangkan mereka telah berada di Malaysia untuk beberapa pilihanraya yang lalu?” emel itu menulis.

Isu ini telah timbul September lalu di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan dakwaan tersebut.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa ahli strategi BN sedang menawarkan duit untuk penyokong untuk memulakan blog yang mesra-BN walaupun Facebook dan Twitter telah menggantikan blog sebagai bidang utama untuk mendapatkan pengaruh dan kongsi berita.

Aktiviti cybertrooper BN di laman web jaringan sosial Twitter juga telah meningkat, dengan serangan ke atas pemimpin PR dan para aktivis.

Pada Rabu lalu, The Malay Mail melaporkan Datuk Seri Rais Yatim berkata beliau menjangka 10,000 akaun Twitter yang pro-BN akan muncul dan menyebarkan maklumat.

“Kalau orang terus tweet bahawa ‘Bersih itu bersih’, orang akan percaya bahawa gerakan (Bersih) itu tulen. Tweet balas dan mula berkata bahawa Bersih itu ‘kotor’,” (“If people keep tweeting that ‘Bersih is bersih’, people will believe that the movement is genuine. Tweet back and start saying that Bersih is ‘kotor’ (dirty),” ), Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu dilaporkan berkata.

Minggu lalu, Ketua Barisan Nasional Penang, Teng Chang Yeow, dilaporkan oleh The Malay Mail berkata bahawa BN Penang akan menyediakan 40 “cybertrooper dan askar padang” untuk pilihan raya.

Bernama melaporkan bulan lalu bahawa Pemuda BN Sabah akan menganjurkan satu bengkel cybertrooper selama tiga hari untuk 85 ahli Pemuda BN, di mana mereka akan diajar kemahiran dan batas undang-undang dalam perang siber.

Pada November tahun lalu, Najib telah menyuarakan sokongannya untuk blogger dan pengguna social media yang pro-BN, dan mengelar mereka sebagai “angkatan tentera baru” BN.

Beliau berkata bahawa dunia online adalah ruang pertempuran baru di antara BN dan PR, dan blogger pro-kerajaan perlu melawan “pembohongan dan kenyataan separuh benar” pembangkang.

Tiada ulasan: