Sekumpulan
peneroka akan memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang mengekalkan keanggotaan bekas
menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi
Permodalan Felda (KPF).
"Saya sudah menerangkan kepada anak guam saya.
"Kita bercadang untuk membuat semakan kehakiman berhubung keputusan SKM mengenai isu Isa Samad," kata peguam kepada 16 peneroka yang merujuk pertikaian itu kepada SKM Ahmad Nizam Hamid.
Ahmad Nizam berkata, pihaknya mempunyai masa 14 hari sebelum memfailkan semakan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Jun ini.
SKM kelmarin memutuskan tindakan KPF menerima keahlian Isa bercanggah dengan undang-undang kecilnya.
Bagaimanapun, tiada peruntukan yang membolehkan keanggotaan yang telah diterima oleh lembaga pengarah KPF dibatalkan.
Dalam reaksi segeranya sebelum ini Ahmad Nizam menyifatkan, sepanjang menjadi peguam, keputusan SKM itu "paling pelik dan gila".
Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berjanji akan membantu peneroka yang bercadang mengambil tindakan itu kerana berpendapat mereka mempunyai locus standi.
Mazlan yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Johor itu menganggap SKM itu "pelik" dan melibatkan "satu konspirasi".
Kumpulan 16 orang peneroka Felda gugusan Jengka, Pahang sebelum ini membantah keahlian Isa ekoran teguran dengar SKM kepada KPF kerana gagal mematuhi Fasal 11 Undang-undang Kecil KPF berkaitan syarat-syarat keahlian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan