Ahad, 3 Jun 2012

Penerbit buku Manji akan saman KDN, JAIS, JAWI





 
Penerbit buku Irshad Manji Allah, Kebebasan dan Cinta bercadang memfailkan tiga tindakan undang-undang, bukan sahaja terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi juga terhadap dua jabatan agama.

Bercakap kepada wartawan selepas sesi bual santai di Kuala Lumpur hari ini, Pengarah ZI Publications, Ezra Zaid berkata tindakan undang-undang terhadap KDN akan dilakukan dalam masa sebulan.

Peguam ZI Publications, Edmund Bon berkata tindakan itu berdasarkan hujah bahawa pengharaman buku itu mencabuli kebebasan bercakap dan berhujah.

Edmund juga berkata, kedua-dua pihak Ezra dan Manji tidak diberikan hak untuk didengari sebelum pengharaman berkuatkuasa.

Menurutnya, Ezra juga mempertimbang tindakan undang-undang berasingan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana menyerbu pejabatnya pada Selasa lepas dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana merampas buku-buku berkenaan.

Tiada ulasan: