Oleh Asia Sentinel
Skandal kapal selam Scorpene Malaysia nampaknya telah melebar ke
kepulauan Mediterranean Malta, di mana seorang anggota parlimen
pembangkangnya mendakwa bahawa perunding kewangan yang berpangkalan di
Malta milik Perancis, sedang disiasat kerana peranannya dalam pembelian
kontroversi dua kapal selam itu pada berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh
kerajaan Malaysia.
Menurut portal berita – Malta Today
– MP Evarist Bartolo memberitahu Parlimen Malta bahawa perunding
kewangan milik Perancis, Gifen, sedang disiasat oleh pegawai Perancis
berhubung dakwaan sebahagian daripada 114 juta euro (RM457 juta) komisen
yang dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh
Abdul Razak Baginda, rakan rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Razak, telah ‘dibersihkan’ melalui Malta.
Komisen Perimekar telah dikritik sebagai satu dalih untuk sogokan kepada tokoh politik.
Laporan lain dari Malta mendakwa bahawa Gifen telah ditubuhkan oleh
Jean-Marie Bouvin, yang juga banyak terlibat dalam penjualan kapal selam
dari syarikat pertahanan milik Perancis, DCN, kepada Pakistan dan kapal
frigat kepada Taiwan.
Pendakwa Perancis dikatakan telah menemui kaitan Gifen selepas mereka
meneliti dokumen dan laporan sulit dalaman DCN dan Kementerian
Pertahanan Perancis serta menemuduga pegawai DCNS (dahulunya dikenali
sebagai DCN) dan syarikat-syarikat yang berkaitan seperti Thales serta
pegawai di kementerian berkenaan.
Bartolo mendakwa, syarikat-syarikat lain yang didakwa digunakan untuk
tujuan yang sama ialah Eurolux, yang berpangkalan di Luxembourg, dan
Technomar, yang berpejabat di Belgium.
Bartolo seterusnya mendakwa Gifen, yang diasaskan pada tahun 2001
oleh Bouvin, mempunyai kaitan rapat dengan perkhidmatan perisikan
Perancis, dan mempunyai hubungan rapat dengan bekas Presiden Perancis
Nicolas Sarkozy dan Perdana Menteri Dominic de Villepin.
Malta Today melaporkan, selepas Perancis menandatangani
Konvensyen PBB Menentang Rasuah, Bouvin didakwa mula beroperasi melalui
saluran lain – menubuhkan syarikat di Ireland, Switzerland, Mauritius,
Isle of Man dan Malta.
Nama Sarkozy telah disebut berkaitan dengan rasuah besar-besaran yang
dijanjikan kepada para jeneral Pakistan bagi pembelian kapal selam SSK
Scorpene dari Armaris, yang kini menjadi sebuah unit pertahanan DCNS di
Perancis.
Sebelas juruteknik Perancis telah diletupkan dengan bom kereta yang pada mulanya dipersalahkan kepada Al-Qaeda.
Bagaimanapun, cerita berikutnya di Perancis, yang dipanggil
“L’Affaire Karachi,” mendakwa jeneral Pakistan meletupkan van tersebut
sebagai membalas dendam ekoran pembatalan bayaran sogokan oleh presiden
ketika itu, Jacques Chirac.
Sarkozy menafikan sebarang penglibatan dalam skim sogokan tersebut.
Bagaimanapun, berikutan dia kehilangan jawatan presiden Perancis kepada
Francois Hollande, penyiasat mungkin meneliti semula aktivitinya.
Berita asal di sini (Terjemahan oleh Malaysiakini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan