Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, beliau dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.
Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
“Saya akan berbincang dengan peguam dahulu sama ada ia perlu atau tidak saya hadir ke perbicaraan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, setakat ini beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian bagi mencari ketenangan ekoran kontroversi dilaluinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan