Sabtu, 9 Jun 2012

Nombor Mykad tak sepadan dengan tarikh lahir, SPR kata sah

Kuek Ser Kuang Keng


 
Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, beberapa pengundi dengan nombor MyKad yang berbeza dengan tarikh lahir merupakan pengundi sah mengikut pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pegawai yang enggan dinamakan itu memberitahu Malaysiakini bahawa butiran empat pengundi itu, yang didedahkan oleh penganalisis politik Ong Kian Ming, sama seperti rekod JPN.

Ong sebelum ini menyiarkan nombor kad pengenalan dengan butiran berbeza itu.

Semakan Malaysiakini dengan pengkalan data dalam talian SPR menunjukkan bahawa enam digit pertama oleh kesemua empat pengundi  tersebut berbeza dengan tarikh lahir mereka.

Sedangkan, nombor berkenaan sepatutnya sama dengan enam digit pertama mengikut format Mykad.

Pegawai berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan alasan di sebalik percanggahan itu kerana JPN bertangungjawab ke atas maklumat peribadi rakyat Malaysia.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini menjelaskan bahawa hak seseorang pengundi tidak boleh ditolak atau dikeluarkan daripada daftar pemilih selagi butiran mereka berpadanan dengan rekod JPN.

Tiada ulasan: