Khamis, 14 Jun 2012

Nik Aziz: Usah tangguh haji, Umno pun kena faham

SAPINAH ABD GHANI

Nik Aziz: Usah tangguh haji, Umno kena faham
 
Menjelang PRU 13 
 
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju saranan agar ahli Pas  menangguhkan ibadat haji semata-mata untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan meminta agar Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak megadakan pilihan raya ketika musim perayaan dan haji.

“Masalah ini tidak timbul jika Umno faham, bukan senang nak dapat peluang pergi haji, oleh itu, saya minta jangan adakan pilihan raya musim haji,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, hari ini.

Tiada ulasan: