SINAR HARIAN
Pengerusi Biro Politik dan Governan Majlis Perundingan Melayu (MPM) Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail berkata kerajaan negeri tidak berhak melakukan pemeriksaan itu kerana ia di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"(Semakan daftar pengundi) bukan kerja orang awam, kerajaan negeri atau parti, ia kerja SPR. Bagi saya tindakan ini adalah taktik pembangkang yang nak mencari helah untuk memperlecehkan SPR.
"Pembangkang nak cari salah siap-siap supaya bila mereka tewas pilihan raya umum nanti ada alasan untuk mereka tuduh SPR tak telus dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Mohd Hilmi juga menyeru pihak pembangkang supaya bersikap sebagai orang yang budiman dalam menghadapi pilihan raya umum dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.
Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor mengumumkan pelaksanaan program ‘Selangorku Bersih’ bagi membersihkan senarai daftar pengundi secara besar-besaran dengan penglibatan masyarakat setempat. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan