Ahad, 24 Jun 2012

MINGGU DEPAN Ringgit dijangka terus lemah


MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR,-- Ringgit dijangka meneruskan prestasi lemahnya minggu depan berikutan prospek berhati-hati akan krisis hutang di zon Eropah, kata para peniaga.

Seorang peniaga berkata pelabur sedang menunggu hasil daripada mesyuarat di kalangan negara Eropah yang mencari jalan untuk mencapai kesepakatan fiskal dan perbankan di zon Eropah.

"Kaji selidik keyakinan Jerman, yang dijangka mengecewakan selepas pengumuman data aktiviti pembuatan yang lemah awal minggu ini, juga mempengaruhi sentimen," katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) memutuskan pada Rabu untuk tidak memilih rangsangan monetari yang lebih agresif.

Keputusan Fed itu telah menyebabkan dolar AS meningkat berbanding euro dan mata wang dikaitkan dengan pertumbuhannya, termasuk ringgit.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.1900/1930 daripada 3.1645/1675 sebelumnya.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2.4951/4002 daripada 2.4837/4865 pada minggu lepas tetapi berubah sedikit berbanding yen kepada 3.9662/9731 daripada 4.0087/0130 sebelumnya.

Unit tempatan juga lemah berbanding pound British kepada 4.9784/9856 daripada 4.9145/9207 pada minggu sebelumnya dan susut berbanding euro kepada 4.0006/0069 daripada 3.9980/9031 sebelumnya.
-- BERNAMA

Tiada ulasan: