Selasa, 19 Jun 2012

Microsoft perkenal ‘tablet’ Surface Windows 8

SINAR HARIAN
Microsoft perkenal ‘tablet’ Surface Windows 8
Steve Ballmer memperkenalkan komputer ‘tablet’ Surface di Los Angeles semalam.
 
 
LOS ANGELES - Microsoft memperkenalkan komputer ‘tablet’ keluarannya, yang diberi nama Surface semalam, dijangka akan menyediakan persaingan kepada iPad.

Komputer skrin sentuh ini akan beroperasi menggunakan platform Windows 8 dan menawarkan pilihan pemproses Intel atau ARM.

Produk ini dijangka memberi saingan kepada Apple, yangmenguasai pasaran menerusi iPad, dengan menyediakan aplikasi-aplikasi standard seperti Office dan Photoshop.

Ini juga meletakkan Microsoft dalam persaingan dengan jenama pengeluar lain yang merancang untuk mengeluarkan tablet khusus untuk Windows 8.

Ketika memperkenalkannya di sini semalam, Ketua Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer berkata, pihaknya mahu menyediakan perisian yang mesra pengguna.

“Kami mahu menyediakan inovasi perkakasan yang boleh ‘menemani’ Windows 8,” kata beliau semalam.

Harga bagi komputer-komputer tablet ini belum diketahui tetapi penganalisis mengambil sikap berhati-hati dalam memberikan komen mereka mengenai produk terbaru ini.

“Dari segi reka bentuk, ia kelihatan menarik,” kata Carolina Milanesi dari Gartner, dipetik portal Guardian.

Katanya, produk itu kelihatan pesaing yang serius kepada iPad.

Tablet berasaskan ARM setebal 9.3mm (0.4 inci) - kurang sedikit daripada iPad  dan menggunakan  Windows versi RT sistem baru. Versi menggunakan teknologi Intel x86 beroperasi dalam platform Windows 8 Pro dan setebal 13.5mm atau 0.5 inci.

Spesifikasi itu bermakna tablet Surface mempunyai skrin yang lebih besar berbanding iPad tetapi lebih berat.

Pelbagai penutup ditawarkan bagi keyboard sentuh dan trackpad.

Tiada ulasan: