Jumaat, 8 Jun 2012

Menteri: BERSIH, Belajarlah dari buku 1M'sia

 
Koh Jun Lin


 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata, peserta perhimpunan BERSIH patut menyemai nilai yang terkandung dalam buku Penyerlahan Nilai-nilai Murni 1Malaysia yang diterbitkan kementeriannya.

NONEPihak yang merusuh dan melakukan keganasan dalam perhimpunan 28 April itu patut diberikan senaskhah buku itu, katanya kepada 400 pegawai kerajaan dan mahasiswa yang menyaksikan pelancarannya di Kuala Lumpur hari ini.

Rais berkata, apa yang berlaku bukan sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

Beliau juga menegaskan kemerdekaan negara ini dicapai melalui rundingan dan bukannya melalui kekerasan.

Tiada ulasan: