Isnin, 18 Jun 2012

Laporan PSC Lynas dibentangkan di Parlimen

S Pathmawathy


 
Laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Jawatankuasa yang dibentuk pada 20 Mac itu mengemukakan hasil kajian dan syor mereka berhubung loji di Gebeng, Pahang, lebih awal daripada tempoh tiga bulan yang ditetapkan.

Timbalan speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Jaafar bagaimanapun menetapkan bahawa laporan tersebut dikenakan embargo sehingga jam 10.30 pagi esok untuk membolehkan Dewan Rakyat membincangkan hasil kajian itu.

Tumpuan utama kajian berkenaan adalah sama ada loji nadir bumi tersebut membahayakan kesihatan dan alam sekitar.

Sebelum ini, PSC tersebut dilaporkan mengesyorkan kepada kerajaan untuk menetapkan sesi rundingan awam sebelum melancarkan projek berimpak tinggi, terutamanya yang melibatka keselamatan awam.

Akhbar Berita Harian, memetik sumber, melaporkan bahawa orang ramai perlu diberitahu mengenai fakta projek seperti itu untu mengelak manipulasi politik.

Jawatankuasa tersebut diketuai Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dan dianggotai datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Datuk Teng Boon Soon (BN-Tebrau), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru).

Tiada ulasan: