Ahad, 10 Jun 2012

Kerajaan persekutuan yang tentukan harga rumah

Roketkini.com




GEORGE TOWN Dakwaan kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bertanggungjawab terhadap kenaikan harga rumah di negeri pulau mutiara itu sejak lima lebih empat tahun lalu adalah tidak benar.

Ini kerana kadar hartanah adalah tanggungjawab Kementerian Kewangan yang mempunyai kuasa menyediakan dasar seperti penentuan kadar cukai keuntungan harta tanah dan syarat pinjaman yang ketat.

Menurut kenyataan bersama wakil-wakil rakyat DAP Pulau Pinang, dakwaan yang dipaparkan dalam tajuk utama “High-rising prices” dalam akhbar milik MCA, The Star pada 7 Jun lalu, dilihat sebagai  propaganda Barisan Nasional untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow merangkap Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas; Exco Peracangan Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong merangkap Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP.

Liew menjelaskan bahawa harga rumah meningkat secara signifikan sejak lima tahun lalu bukan sahaja di  Pulau Pinang tetapi juga di Kuala Lumpur dan Johor.

“Ia disebabkan oleh kuasa pasaran dan memang membebankan rakyat Malaysia di kalangan kelas pertengahan ke bawah terutamanya bagi mereka yang baru berkeluarga termasuk mereka yang berpendapatan sederhana rendah dan rendah,” katanya.

Sebagai bukti, beliau memetik laporan portal berita The Malaysian Insider pada 3 April lalu yang memetik Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim sebagai berkata bahawa ‘kenaikan purata harga rumah sekitar 10 hingga 15  peratus setahun adalah sihat berbanding deposit tetap di bank’, dan pemimpin BN itu mengakui bahawa kenaikan harga 20 peratus di Kuala Lumpur sebagai ‘boleh diterima’.

“Jika ini merupakan pandangan Kementerin kewangan, tidak hairanlah harga rumah meningkat
“Salah satu langkah yang diambil untuk membendung aktiviti spekulasi hartanah dalam sektor pemilikan hartanah adalah seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan sendiri dalam belanjawan 2012 yang lalu.

“Ia melibatkan semakan semula kadar cukai keuntungan harta tanah (RTPG) iaitu 10 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan dua tahun, 5 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan melebihi dua tahun manakala hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan lima tahun dikecualikan,” katanya.

Liew menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyedari cabaran yang dihadapi pembeli rumah pertama dan sedaya upaya mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini dalam bidang kuasa yang ada pada kerajaan negeri..

RTPG telah diperkenalkan di Malaysia dalam pelbagai kadar semenjak tahun 1995 hingga tahun 2007 tetapi ditangguhkn bermula 1 April 2007 sehingga 31 Disember 2009 bagi meningkatkan semula sektor hartnah yang lembab akibat terjejas dari krisis kewangan dunia

Pada 1 Januari 2010, RTPG telah dikembalikan semula pada satu kadar  iaitu 5 peratus untuk semua keuntungan yang boleh dikenakan cukai. – Roketkini.com

Tiada ulasan: