Laporan
terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar
Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar
The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri
perdana menteri.
Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga
Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.
”Isu itu
telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di
sebelah sana,” kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan di antara
Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas.
Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan.
Dokumen
mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar
menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta).
Sumber
berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes
tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang
bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev.
Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.
Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.
Sumber itu menyebut, isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat.
Selain
dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut
bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di
mana beliau bertemu Nooryana.
Daniyar
didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia
berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The
New York Post.
Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.
Sumber Malaysiakini
ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada
malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk
menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke univeraiti
dan memikat hati anak perdana menteri.
Isteri
perdana menteri pada malam tadi menghadiri majlis makan malam dan turut
merasmikan NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.
Majlis di
Setiawangsa, Kuala Lumpur itu antara lainnya turut dihadiri Ketua
Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Pertanian, Datuk
Seri Noh Omar dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad
Maslan.Sumber: Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan