Selasa, 19 Jun 2012

Exco kanan Pahang meninggal dunia


AANTARA POS.COM

Post Pic


KUAL A LUMPUR:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak (atas, kiri) yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, meninggal dunia pukul 8.55 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri itu yang dimasukkan ke Hoshas pada 8 Jun lalu selepas mengalami cirit-birit dan kehilangan banyak darah akibat keracunan makanan.

Bagaimanapun, ADUN itu ditempatkan di ICU hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak.

Menurut anak saudara allahyarham, Saiful Azman Mokhtar Affendi, isteri Allahyarham juga sedang dirawat di hospital yang sama akibat tekanan darah tinggi.

Tan Mohd Aminuddin dimasukkan ke hospital itu pada 8 Jun lalu kerana mengalami cirit-birit serta muntah muntah dan kemudiannya ditempatkan di ICU akibat komplikasi penyakit lain termasuk sakit jantung dan kencing manis.

Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno Bahagian Maran dan telah lima penggal menjadi anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor.

Beliau juga pernah menjawat jawatan timbalan menteri besar Pahang sebelum ini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Chenor.

Tiada ulasan: