Ahad, 3 Jun 2012

Dayangku Intan 'tewaskan' AC Mizal terhangat

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Perbandingan ceramah Umno yang dihadiri oleh penyanyi terkenal dan penjual gelang ajaib tersohor, Datuk AC Mizal dengan ceramah PAS yang dihadiri oleh penyanyi Dayangku Intan tulisan blog http://omakkau.blogspot.com merupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 22.

Di tempat kedua diungguli artikel daripada blog http://ghaflah.blogspot.com mengenai berita tergempar mengenai kemalangan yang berlaku malam perlumbaaan drag race yang diadakan sempena perhimpunan hari Belia Negara 2012.

Artikel blog bergambar http://omakkau.blogspot.com yang menyiarkan bagaimana anak muda menyerbu ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid As Salam, Puchong selepas ceramahnya di PICC, Putrajaya dibatalkan menduduki tempat ketiga.

Pada tangga keempat ialah artikel blog http://cenangau.blogspot.com yang memaparkan video Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan pencerahan isu "undi PAS masuk syurga" untuk menjawab tuduhan Umno dan medianya.

Di tempat kelima ialah artikel bergambar daripada http://kedahla.blogspot.com yang memaparkan bagaimana Umno mengajak anak muda dan pemimpinnya berhibur terlampau di Himpunan Belia Negara 2012 di Putrajaya.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 27 Mei hingga 1 Jun, 2012.
 
1
Panas...AC Mizal dimalukan Dayangku Intan
2
Gempar: Korban Hari Belia Negara 2012 - Drag Race, Kereta Terbabas Langgar Penonton
3
Ustaz Azhar diharamkan di PICC, dibanjiri anak muda di Masjid As-Salam Puchong
4
Hei Mufti! Bila aku kata undi PAS masuk surga - TG Nik Aziz
5
Pemimpin UMNO ajak anak muda rosak macam depa....
6
Dua negeri yang berbeza
7
Himpunan belia berjaya, masa terbaik untuk Najib bubar parlimen?
8
Himpunan Belia: Pemimpin turut terkinja-kinja
9
10 jam Haron Din bertarung nyawa
10
'Itu pandangan saya sebagai rakyat biasa' - Nizar

Tiada ulasan: