Rabu, 13 Jun 2012

Dakwaan krisis air mula 2012 tak tepat

RISWANDI RAZAK, NURULFATIHA MUAH & HARIZ AIZAT BIN MAHYUDIN

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mempersoalkan kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon pada Julai 2010 bahawa negeri ini akan mengalami krisis air bermula 2012.

Menurutnya, kenyataan ini sebenarnya bertujuan untuk menyokong projek penyaluran air Pahang ke Selangor dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

"Kini kita sudah berada enam bulan dalam 2012, isu krisis air ini tidak berlaku. "Malah, kita masih mempunyai jumlah bekalan air yang banyak untuk menampung keperluan di Negeri Selangor," katanya dalam sesi pembentangan Forum  Air Selangor 2012, semalam.

Menurutnya, dakwaan itu sama seperti kenyataan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Tan Sri Rozali Ismail, bahawa krisis akan bermula pada 2016 hingga 2017.

Tiada ulasan: