Isnin, 25 Jun 2012

Borders dibenar cabar serbuan JAWI

Nigel Aw


 
Berjaya Books Sdn Bhd yang mengendali rangkaian kedai buku Borders, hari ini diberi kebenaran untuk mencabar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke atas sebuah premisnya di Mid-Valley.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa Khas) Rohana Yusof membuat keputusan di dalam kamar hari ini, berhubung rampasan buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta oleh JAWI.

NONEKatanya, permohonan Berjaya Books bukan tuntutan pramatang, mempunyai merit, dan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa ke atas perkara itu.

Beliau juga menetapkan prosiding untuk semakan kehakiman pada 15 September.

Turut dinamakan dalam permohonan tersebut ialah seorang penolong pengurus besar Borders, Stephen Fung Wye Keong (berkaca mata) dan pengurus kedai Borders Mid-Valley, Nik Raina Nik Abdul Aziz.

Nik Raina pada 19 Jun lalu didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, kerana mengedarkan penerbita yang bertentangan dengan Islam.

Sekiranya sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga dua tahun, denda tidak lebih daripada RM3,000 atau kedua-duanya.

JAWI menjalankan operasi ke atas kedai buku berkenaan pada 24 Mei – sekurang-kurangnya lima hari sebelum Kementerian Dalam Negeri menggazetkan pengharaman buku oleh penulis kelahiran Uganda, Irshad Manji.

Tiada ulasan: