KELAB GREENBOC
SPR: Pengundi sama nama, alamat bukan 'klon'
Dua pengundi yang berkongsi nama sama dan alamat dalam daftar pemilih sebenarnya individu yang berbeza, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengesahkannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Terdapat kesalahan dalam merekodkan nama dan alamat mereka yang mengakibatkan kekeliruan, kata pegawai SPR.
Semakan di pangkalan data atas talian SPR menunjukkan dua orang pengundi mempunyai nama Wong Wai Seng (nombor kad pengenalan 800411085535 dan 871008085525) dan didaftarkan di parlimen Parit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja, serta berkongsi nombor rumah dan blok sama di Taman Seri Ara (bawah).
Dua lagi pengundi dalam kes itu, Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad (RF162733 dan RF162584) didaftarkan sebagai pengundi pos di balai polis Kuang, di DUN Kuang dan parlimen Selayang (bawah).
Pangkalan data atas talian SPR bagaimanapun memberikan dua keputusan berbeza terhadap pemilik kad pengenalan RF162584.
Sistem Semakan Pemilih Bagi Isi Rumah, yang membolehkan pengguna menyemak lebih daripada satu kad pengenalan serentak, menunjukkan kedua-dua pemilik RF162733 dan RF162584 bernama Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad. -mk
Ulasan GB
Bila rakyat gelar kamu PENIPU dan PENDUSTA, kamu marah.
Tapi yang sebenarnya itulah yang berlaku bahawa SPR memang penipu dan pendusta.
Mereka mengakui kesalahan :
Terdapat kesalahan dalam merekodkan nama dan alamat mereka yang mengakibatkan kekeliruan, kata pegawai SPR.tetapi enggan untuk mengeluarkan nama tersebut dengan beralasan:
Dua pengundi yang berkongsi nama sama dan alamat dalam daftar pemilih sebenarnya individu yang berbeza, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengesahkannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)..
Yang dah mengaku bersalah itu (SPR) sepatutnya dihukum seberat-beratnya kerana mengotorkan daftar pemilih yang kononnya diakui oleh pengerusi SPR diantara yang terbersih di dunia!
Semakin hari semakin terdedah tembelang SPR. Apabila rakyat mendesak daftar pemilih dibersihkan dan Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan mereka menolak dan menafikan ada salahlaku dan penyelewengan tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditolak dan dinafikan.
Kamu-kamu di SPR akan menerima hukuman dari Allah swt, dan kami tiada tempat lain untuk mengadu selain kepada Allah swt Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil. Segala perencanaan dan perancangan jahat kamu akan tetap terbongkar dan akan tetap gagal. Teruskanlah penipuan kamu, kami berdoa agar kamu-kamu bakal dipenjarakan satu hari nanti. Kami yakin Allah swt memperkenankan doa kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan