Khamis, 7 Jun 2012

BERSIH 3.0 Haram, Himpunan Sejuta Belia Ada K-Pop ‘Halal’?


Wartawan Buletin  

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta  Majlis Fatwa Kebangsaan (Majlis Fatwa) mengeluarkan fatwa secara adil dalam menentukan ‘halal dan haram’ yang membabitkan umat Islam di negera ini.

Ketua Penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, Majlis Fatwa tidak boleh ‘membisu seribu bahasa’dengan kemungkaran yang melibatkan pemimpin Negara.

“DPPM meminta Majlis fatwa berlaku adil, dengan turut melihat sama kepada program Himpunan Jutaan Belia anjuran kerajaan Malaysia di Putrajaya baru-baru ini yang mengundang kumpulan K-Pop dari Korea

“bukti bergambar jelas memaparkan aksi menjolok mata dari artis-artis tersebut, disambut pula dengan meriah oleh pemimpin-pemimpin negara, Majlis Fatwa Kebangsaan diharapkan tidak membisu seribu bahasa dan menutup mata melihat kemungkaran yang lebih terang di depan mata,”jelasnya.

Oleh itu, dalam kenyataan medianya yang diedarkan semalam, beliau menegaskan DPPM menyokong keputusan Majlis syura Ulama PAS yang menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berpandangan negatif pada perhimpunan Bersih pada 28 April lalu.

Beliau berkata, pendirian Majlis Syura Ulama’ PAS adalah jelas iaitu perhimpunan aman Bersih adalah sebahagian daripada usaha mencegah kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah dalam negara ini.

“tidak ada insiden pelanggaran syariat dalam perhimpunan Bersih, peserta yang hadir amat beradab dan menjaga tatasusila semasa berhimpun,

“mereka sepakat menyatakan sistem pilihanraya di Malaysia masih kotor dan dipenuhi dengan unsur penipuan dan tidak rela membiarkan kemungkaran dalam sistem pilihanraya di negara ini,”ujarnya.

Tiada ulasan: