Seorang
Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah
menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun
1993.
Tunku
Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja’afar,
berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan
terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.
Tunku
Harmy Tunku Hanan (gambar) berkata beliau mengetahuinya setelah
diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja’afar sendiri melalui satu panggilan
telefon.
“Jadi
tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat
satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia
adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.
“Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.
“Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?
“Tadi
ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku …
kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan
tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.
“Raja-raja
Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam
kawah,” ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri
kanan itu.
Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program “Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai” semalam.
Menurut
Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap
sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.
Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.
Tunku
Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup
dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus
berkuasa.
“Itu
Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang
tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan
anjing,” kata beliau.
Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan