Bapa
mertua kepada Jimmy Shanley, Datuk Suhaimi yang pernah menyatakan
tidak akan memaafkan pengacara tersebut sekali lagi tampil membidas
menantunya itu dalam program hiburan terkenal, “Melodi” yang disiarkan
pada tengah hari kelmarin (10 Jun 2012).
”Sebelum ini memang saya tak
pernah keluarkan kenyataan tentang kes Jimmy dan anak saya yang dah
berlaku sejak setahun lebih. Banyak kenyataan yang telah
dikeluarkannya. Dah tiba masa saya tampil berikan kenyataan yang mana
saya rasakan Jimmy sudah tidak layak menjadi menantu saya kerana banyak
tuduhan dibuat yang memburukkan anak saya.
“Anak
saya sudah failkan perceraian. Jadi kalau dia sudah banyak memburukkan
isterinya, tak guna lagi dia memperisterikan anak saya lagi. Jadi
lepaskan sajalah. Jika dia tak lepaskan, ia seolah-olah dia adalah
lelaki dayus,” ujarnya seperti dipetik dalam “Melodi”.
Sementara
itu Suhaimi turut mendakwa Jimmy tidak bertanggungjawab dan ambil tahu
tentang kelahiran cucunya, Zahrah Shanley sekitar setahun yang lalu.
“Nak ambil
berat apa? Ini satu lagi masalah. Dia pernah keluarkan kenyataan
bahawa isterinya tak beritahu dah lahirkan anak. Jika tak diberitahu
isteri, bagaimana dia boleh membawa krew televisyen ke hospital untuk
mengambil gambar anaknya?
“Bil bersalin pun tidak dibayar walaupun kita sebenarnya tak harapkan. Namun dia memang tidak bertanggungjawab. Bagi saya, dia tidak layak menjaga cucu saya,” jelasnya lagi.
“Bil bersalin pun tidak dibayar walaupun kita sebenarnya tak harapkan. Namun dia memang tidak bertanggungjawab. Bagi saya, dia tidak layak menjaga cucu saya,” jelasnya lagi.
Suhaimi
turut menyifatkan Jimmy sengaja mencari publisiti murahan dengan
mencanang kisah buruk rumah tangga bersama isterinya, Nursuhaila
Eliani. Malah dia turut meminta Jimmy agar redha menerima ketentuan
Ilahi bahawa jodoh mereka tidak berpanjangan.
Sementara
itu Jimmy dikatakan enggan mengulas kenyataan yang dikeluarkan bapa
mertuanya itu, sebaliknya menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk
memutuskan jalan penyelesaian terbaik.
Jimmy dan
Nursuhaila telah berkahwin pada Oktober 2010, tetapi mula tinggal
berasingan selepas tiga minggu bernikah.
Jimmy turut memfailkan
permohonan kembali taat kepada Nursuhaila pada 31 Januari 2011, diikuti
dengan permohonan nusyuz (ingkar perintah suami) pada 27 Januari lalu.
Pergolakan rumah tangga mereka masih lagi dalam proses perbicaraan di
mana Jimmy mendakwa Suhaila mengaku mengandung anak luar nikah ketika
prosiding mahkamah yang berlangsung pada 9 Mei 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan