KL TODAY
Abim
Negeri Selangor memandang serius dengan dakwaan Pihak Perbadanan
Tabung Pendidikan tinggi Nasional (PTPTN) menggantung bantuan pinjaman
pendidikan kepada pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel).Jika
benar dakwaan ini, ia amat merugikan dan sekaligus meletakkan masa
depan pelajar terbabit dalam keadaan yang tidak menentu.Demikian kata
Khairuddin Bin Abas, Yang Di Pertua Abim Negeri Selangor dalam satu
kenyataannya hari ini.
Menurut
beliau, Abim Negeri Selangor berpandangan pihak PTPTN tidak wajar
bertindak sedemikian, memandangkan ia menafikan hak para pelajar
pembiayaan yang layak untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) sepertimana yang termaktub dalam objektif penubuhan badan
tersebut iaitu:-
“Memastikan
pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak
mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan
hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki
IPT atas sebab-sebab kewangan.”
ABIM
Negeri Selangor berpandangan selaku IPTS yang menawarkan kursus yang
diiktiraf dan mendapat perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA), Unisel pasti telah memenuhi syarat asas menerima
pembiayaan PTPTN dari badan berkenaan.
Bahkan,
katanya, Abim Negeri Selangor juga berkeyakinan para pelajar yang ingin
memohon telahpun memenuhi pra-syarat mengikuti pengajian di Unisel.
Menilai
implikasi besar (jika pembiayaan ditarik balik) terhadap masa depan
sistem pendidikan di negara ini, Abim Negeri mendesak penyelesaian
segera dicapai oleh pihak-pihak terbabit.
Abim
Negeri Selangor juga memuji tindakan pentadbiran UNISEL yang berbincang
dengan pihak PTPTN serta menilainya sebagai satu tindakan yang wajar.
Dalam hal ini masa depan serta kebajikan pelajar mesti diletakkan sebagai keutamaan penting, katanya.
Dalam hal ini masa depan serta kebajikan pelajar mesti diletakkan sebagai keutamaan penting, katanya.
Adalah
amat mendukacitakan sekiranya polemik ini terjadi akibat dari amalan
budaya politik tidak matang serta menggambarkan mentaliti politik yang
rendah serta memualkan.
Oleh yang
demikian, Abim Negeri Selangor menggesa pihak PTPTN agar mengeluarkan
kenyataan rasmi berhubung dengan dakwaan penggantungan dan menyatakan
dengan jelas sebab munasabah di sebalik isu ini.
“Kami juga
mendesak pihak-pihak berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian untuk
memelihara kebajikan dan masa depan pelajar di masa depan,” desak
beliau.
Mengambil
kesempatan ini, Abim Negeri Selangor juga menyeru agar Kerajaan Negeri
Selangor agar mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini
daripada berlarutan.
Ini
kerana, ia menyentuh secara langsung imej Unisel selaku IPT utama di
negeri Selangor di samping menyentuh secara langsung kesinambungan masa
depan para pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan