Ahad, 24 Jun 2012

300 aktivis anti-Lynas sudah duduki Balok-Gebeng

 
Leven Woon
 


 
Kira-kira 300 orang sudah berkumpul di Kuantan hari ini untuk menyertai kempen 24 jam membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas "Occupy (penuhi) Balok-Gebeng" dengan mempamerkan papan tanda besar di pantai Balok.

Di petang yang tenang dan berangin itu, kira-kira 50 peserta berbaju hijau muda mempamerkan kain rentang dengan slogan anti-Lynas di pantai berdekatan kawasan industri Gebeng di mana kilang itu akan memulakan operasinya.

occupy balok gebeng anti lynas 230612 1Diketuai pengerusi kumpulan Himpunan Hijau Wong Tack, mereka melaungkan slogan menggesa Lynas keluar daripada tempat itu.

Turut dipamerkan pelbagai kain rentang hitam yang turut mengkritik kerajaan BN yang mempertahankan projek itu.

Melancarkan acara itu, aktivis Hishamuddin Rais menyifatkan kehadiran mereka sebagai lambang kesatuan jitu rakyat Malaysia bersama dengan tegas di belakang perjuangan anti-Lynas.

Himpunan Hijau merancang menarik penyertaan ribuan orang untuk berjalan sejauh 11km, bermula dari pantai Balok pada jam 9 pagi pada Ahad, sehinggalah tiba di loji nadir bumi Lynas di Gebeng.

Kemuncak acara pada hari pertama ialah sesi pembakaran replika Loji Advanced Material Plant Lynas (Lamp) oleh para peserta.

Tiada ulasan: