Ahad, 3 Jun 2012

127 kes kandungan media elektronik





SEMENYIH - Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) menerima sebanyak 127 kes berkenaan kandungan negatif yang disebarkan melalui media elektronik sepanjang tahun lalu.

Penyelia CMCF, Mohamad Firdaus Mustafar (gambar) berkata, kes tertinggi yang diterima pihaknya adalah kandungan menerusi internet sebanyak 71 kes, telefon mudah alih (27), penyiaran (11) dan pengiklanan (enam).

"Kes yang diterima biasanya melibatkan kandungan yang mempunyai unsur tidak selamat kepada orang ramai seperti pornografi, hasutan dan serangan peribadi dalam media sosial,"

katanya ketika ditemui pada Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 di pekarangan pasar raya besar Tesco Semenyih di sini semalam.

Tiada ulasan: