Isnin, 28 Mei 2012

MIV ikrar sokongan pada Pakatan Rakyat

 
Abdul Rahim Sabri


 
Pengerusi Malaysian Indian Voice (MIV) V Raidu hari ini menyatakan ikrar bahawa NGO itu akan bekerja keras membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 agar gabungan parti itu  dapat membela nasib kaum India.

Beliau turut memuji pentadbiran kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dalam menyelesaikan masalah melibatkan orang Indian seperti isu kuil dan tanah perkuburan.

Indraf 2.0 Malaysian Indian Voice - Ramasamy, Mat SabuBercakap dalam program perhimpunan Indraf 1.0 di Brickfields, pemimpin kumpulan serpihan Hindraf itu berkata beliau gembira dengan tindakan kerajaan Pakatan dalam membantu golongan tersebut seperti kelulusan untuk 120 tapak kuil di Selangor.

"Ini yang kita nanti-nantikan, bukan hamper yang luput tarikhnya.... Berubahlah. Kita mesti mengubah BN. Kita mesti teguh, kalau bercerai kita roboh," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh daripada 1,000 orang hadirin.

Beliau juga meminta Pakatan Rakyat memenuhi sepuluh tuntutan mereka sekiranya gabungan parti itu berjaya menguasai Putrajaya.
Indraf 2.0 Malaysian Indian Voice event in Brickfields
Antara lain, tuntutan itu menggariskan supaya Pakatan mempertahan dan melindungi hak masyarakat India termasuk pendidikan dan memberi peluang pekerjaan yang saksama kepada mereka.

"Suara masyarakat masyarakat India sejak perhimpunan Hindraf, jauh daripada tahap yang memuaskan.
"Malangnya kita memerintah negeri dan bukan Putrajaya," katanya yang menyeru masyarakat India supaya memberi masa kepada Pakatan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Indraf 2.0 Malaysian Indian Voice event in BrickfieldsTurut berucap dalam program itu ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang berkata mendakwa kerajaan yang ditaja Umno kini memainkan isu perkauman ekoran pilihan raya sudah hampir.

Katanya, Pakatan "tidak berganjak untuk merubah politik negara" walaupun pelbagai tohmahan dan serangan dalam ceramah yang dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat, tetapi mereka

"Kita bersatu bukan untuk bergaduh, tetapi kita mahu semua hak rakyat Malaysia dikembalikan.

"Jangan curi wang rakyat," katanya sambil mendesak kerajaan mengembalikan wang NFC kepada rakyat.

Turut berucap di perhimpunan itu ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata semua kaum "harus dihormati dan dimuliakan" sebagai warganegara.

indraf gathering 270512 03"Sebab apa kita marah-marah hari ini... Sebab (berlaku) ketidakadilan, sebab hina orang, sebab warna kulit.

"Ini negara kita, apa sebab mahu hina orang. Cukup, (hari ini) kita beri mesej yang kuat (kepada BN)," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh hadirin.

Beliau juga menempelak pihak yang melakukan kekecohan dan serangan terhadap pemimpin Pakatan dan juga ke atas Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga, dalam beberapa insiden sebelum ini.

"Apa salah Ambiga... Sebab dia lawan dalam BERSIH kerana pilihan raya tidak adil.

"Ambil orang, tunjuk punggung... Ini kerja jahil," katanya lagi yang merujuk kepada demonstrasi oleh satu kumpulan anti-BERSIH di hadapan kediaman Ambiga pada 15 Mei lalu.

Turur hadir dalam perhimpunan itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalannya Prof P Ramasamy, Exco Kerjaan Selangor Ronnie Liu, dan bekas speaker DUN Perak V Sivakumar.

Tiada ulasan: