Sabtu, 19 Mei 2012

Majlis Peguam nafi terlibat politik, hanya mempertahankan undang-undang

 
 
KUALA LUMPUR— Majlis Peguam menyangkal dakwaan pertubuhan itu sebagai perti politik sebaliknya menegaskan setiap kenyataan yang dikeluarkannya “berdasarkan prinsip perundangan atau hak asasi manusia”.

Presidennya, Lim Chee Wee, menambah, badan berkenaan juga bersifat adil dalam mengkritik kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang, menolak dakwaan sering mengeluarkan kenyataan berat sebelah.

Badan mewakili peguam itu menerima kecaman hebat daripada Barisan Nasional (BN) selepas mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) minggu lalu untuk menyelar tindakan polis menggunakan kekerasan terhadap perusuh sewaktu perhimpunan Bersih 3.0.

Menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamed telah melabelkan badan berkenaan sebagai “parti politik” dan telah menyokong pembentukan Majlis Peguam kedua sebagai pertubuhan alternatif untuk pengamal guaman di negara ini.

“Setiap kenyataan yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada premis perundangan dan hak asasi manusia, dan rakyat Malaysia untuk dilindungi oleh polis dan bukannya diancam,” kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan emel kepada The Malaysian Insider.

“Kedua-dua mereka, Nazri dan Dr Mahathir, gagal untuk menyampaikan mesej kepada majlis ini, menyatakan kegagalan polis menggunapakai cadangan daripada empat inkuiri Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) sebelum ini dalam mengendalikan perhimpunan?”

Cadangan-cadangan daripada suruhanjaya itu termasuk cadangan penggunaan pegawai perundangan untuk menggunakan nombor pengenalan; lima langkah kawalan proses perhimpunan (pujukan lisan, tidak menggunakan kekerasan, arahan bersurai yang jelas, memberikan masa yang cukup untuk bersurai, dan tiada tangkapan sewaktu bersurai); termasuk tiada keganasan terhadap perusuh.

Lim turut menjelaskan, tindakan polis yang lebih lembut dilihat digunakan di Ipoh, Melaka, Johor Bahru and Kuantan, sewaktu Bersih 3.0, perhimpunan utama di ibu negara pula menunjukkan tindakan yang sebaliknya.

Ketika perhimpunan 28 April di KL, polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perusuh, yang mendakwa anggota polis di lokasi tersebut melakukan keganasan terhadap mereka.

Badan tersebut, sebagai sebahagian daripada resolusi EGM mereka, turut menuntut permohonan maaf daripada pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri kerana menggunakan kekerasan terhadap perhimpunan yang aman pada mulanya.

Namun, kedua-dua mereka, sama ada polis mahupun kerajaan mengemukakan permohonan maaf, sebaliknya  Nazri dan Dr Mahathir, termasuk beberapa kumpulan anti Bersih menggelar pertubuhan itu berat sebelah kepada pembangkang.

Menafikan dakwaan itu, Lim menjelaskan badan berkenaan turut mengkritik pembangkang sebelum ini.

“Majlis Peguam menyokong bila kerajaan melakukan perkara yang betul,” tambahnya. “Sebagai contoh, penubuhan Yayasan Bantuan Guaman Nasional (YBGN) dan terhadap penambah baikan infrastruktur mahkamah.

Sudah tentu apabila melakukan kesalahan, kami akan mengkritik, dan dalam konteks ini, keganasan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis."

Tiada ulasan: