Khamis, 3 Mei 2012

Dua wartawan maut nahas

MUKAH – Dua wartawan akhbar Kumpulan See Hua Daily News maut selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri apabila kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 20, Jalan Mukah-Balingian di sini semalam.

Kejadian pukul 11 pagi itu mengakibatkan Begaing @ Gaing anak Kuding, 48, wartawan Borneo Post dan Patricia Yiu Siew, 31, wartawan See Hua Daily News maut di tempat kejadian.

Difahamkan, Patricia baru bekerja dua hari selepas ditukarkan dari Kuching ke Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Omar Bakhtiar berkata, ketika kejadian kedua-dua wartawan itu dalam perjalanan pulang selepas membuat liputan majlis pecah tanah sebuah tadika yang akan dibina di rumah panjang Aji Ak Buli, kira-kira 40 kilometer dari Mukah.

Tiada ulasan: