Sabtu, 5 Mei 2012

Artis seru berhimpun demi bangunan warisan

 
Perobohan Stesen Bas Klang dan dua lagi bangunan bagi tujuan Pembinaan Transit stesen transit aliran massa di Kuala Lumpur, mencetuskan kemarahan kumpulan aktivis yang mahu mempertahankan bangunan warisan.

Ekoran itu Projek Seni Komuniti Petaling Jaya (PSCAP) mengeluarkan cadangan segera mengadakan perhimpunan di luar kawasan itu tengah hari esok bagi menyatakan bantahan mereka.

NONEMereka mensasarkan kehadiran 1,000 orang.

Peserta diminta memakai pakaian hitam, kata Pengerusi Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang (PJSJBB) Stanley Yong.

Jawatankuasanya dan PSCAP mempunyai kerjasama erat dalam mempertahankan bangunan di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur itu.

Tiada ulasan: