Pengerusi
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga akan
mencabar kesahihan perintah majistret yang membenarkan Dataran Merdeka
ditutup pada 28 April lalu.
Menurut Ambiga, tindakan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghalang himpunan itu diteruskan berdasarkan dua peruntukan undang-undang berbeza menimbulkan isu perundangan yang boleh dipersoal.
"Saya akan memohon untuk mencabar perintah itu kerana saya dinamakan dalam perintah itu.
"Saya akan mohon untuk mengenepikannya atau mengisytiharkannya batal dan tidak sah.
"Ramai orang (peserta BERSIH) didakwa kerana perintah itu," katanya.
Permohonan untuk mencabar keputusan tersebut akan difailkan secepat mungkin, kata Ambiga tanpa memperincikan tarikh tersebut.
Sehari sebelum himpunan BERSIH 3.0 berlangsung, Ambiga menerima satu perintah mahkamah dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melarangnya, penganjur BERSIH dan orang awam dari memasuki Dataran Merdeka bermula 28 April hingga 1 Mei.
Perintah itu dipohon Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Majistret Zaki Asyraf Zubir membenarkan permohonan ex-parte itu dengan alasan BERSIH 3.0 "akan meneruskan himpunannya tanpa kelulusan dari DBKL atau memaklumkan Ketua Polis Daerah Wangi".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan