Ahad, 11 Disember 2011

PENUBUHAN MALAYSIA – PEMIMPIN-PEMIMPIN SABAH RASA TERTIPU….KECUALI?

oleh Musli Oli

KM Sabah akan datang! Merenung nasib pada PRU 13


Perjanjian Malaysia ditanda tangani di London pada 8 Julai 1963.

Seawal tahun 1965, sebaik sahaja Lee Kuan Yew membawa Singapura keluar dari Persekutuan, pemimpin Sabah mulai mempersoalkan kedudukan Sabah dalam Malaysia.

Pemimpin pertama yang mempersoalkannya ialah Ketua Menteri Sabah yang pertama, Donald Stephens (Tun Mohd Fuad). Dia beranggapan Perkara 20 dan peruntukan-peruntukan perlindungan telah dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia tetapi tidak begitu kukuh melindungi negeri Sabah.

Akibat tindakannya, Donald Stephens diarah mengosongkan jawatan Ketua Menteri Sabah digantikan dengan Peter Lo dari parti SCA. Jawatan Peter Lo di Kuala Lumpur sebagai menteri Pusat disandang Stephens.

Tun Mustapha membentangkan kertas kerja berjudul “KEDUDUKAN MASA DEPAN SABAH DALAM MALAYSIA”. Kertas kerja itu dibentangkan pada April 1975 pada mesyuarat tertinggi parti USNO.

Kandungannya ialah rasa tidak puas hati Tun Mustapha berikutan keengganan kerajaan Pusat menaikkan royalti minyak dari 5% kepada 10 hingga 20%. Dalam kertas kerja itu, Tun Mustapha dengan berani berkata, kedudukan Sabah dalam Malaysia lebih menguntungkan kerajaan Pusat!

Tun Mustapha yang lantang itu kemudiannya ditumbangkan dengan penubuhan parti BERJAYA oleh Kuala Lumpur. Tun Mustapha difitnah dengan bermacam-macam tohamahan termasuk dikatakan ingin menjadi SULTAN SABAH.

Tun akhirnya melepaskan jawatan Ketua Menteri Sabah sebelum pilihan raya umum untuk selamatkan USNO dan mengelakkan perpecahan perpaduan bumiputera Sabah. Tetapi parti USNO pimpinan Tun Mohd Said Keruak, bagaimanapun kalah pada PRN 1976 kepada parti BERJAYA pimpinan Tun Mohd Fuad..

bersambung…………

Tiada ulasan: