Isnin, 12 Disember 2011

Negara Berpendapatan Tinggi Hanya Akan Tinggal Angan-angan Jika….

Staff Berita Semasa

negara berpendapatan tinggi Negara Berpendapatan Tinggi Hanya Akan Tinggal Angan angan Jika....


Negara berpendapatan tinggi, baru-baru ini salah seorang pakar ekonomi daripada Numora International telah melontarkan pandangan terhadap ekonomi Malaysia yang disifatkan beliau masih lagi ditahap yang lemah & kurang positif sehingga perlu ada beberapa pembaharuan jika mahu benar-benar keluar daripada negara berpendapatan serdahana kepada negara berpendapatan tinggi :

  • Malaysia perlu mengurangkan subsidi kepada rakyat Malaysia
  • Setiap pelaksanaan tidak terlalu banyak campur atangan pihak atasan dan ahli politik
  • Laporan Bank Dunia pada bulan November 2011 lepas ada menyebut, Malaysia mempunyai kelebihan besar daripada asas yang agak rendah apabila melibatkan kos tetapi kelemahan masih lagi ketara daripada segi kemahiran sumber manusia

Negara Berpendapatan Tinggi : Realiti Atau Fantasi?

Bagi kami, kalau nak jadi negara berpendapatan tinggi tidak hanya memandang kepada subsidi yang diperolehi oleh rakyat semata, tetapi apa yang kami lihat ada 3 faktor besar yang boleh membantutkan angan-angan negara kita Malaysia nak jadi negara berpendapatan tinggi iaitu apa yang dipanggil sebagai fenomena SEG.

  1. S = Subsidi yang diberikan kepada golongan yang tidak sepatutnya. Memang kami akui kita terlalu banyak subsidi sehinggakan tidak hanya diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah di Malaysia semata, tetapi juga turut diberikan kepada taikun-taikun besar di Malaysia. Contoh paling mudahnya, isu IPP.
  2. E = External factor : Ekonomi Malaysia terlalu bergantung kepada “export market” sehingga menjadikan domestic consumption (penggunaan domestik) masih lagi rendah
  3. Perbelanjaan pengurusan kerajaan : Cuma sekitar 30% sahaja yang didorong melalui sektor swasta, yang lain-lain banyak melibatkan projek-projek daripada kerajaan.

Dan….tidak cukup setakat itu sahaja, jika pelaksanaan banyak melibatkan rasuah & penyelewengan, harapan Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi hanya tinggal harapan. Ibarat :

Kita beri tangan kanan, kita ambil semula dengan tangan kiri

Akhirnya akan menjadi kerja yang sia-sia. Belajar-belajar dan contohi kebaikan pelaksanaan di negara lain yang telah berjaya seperti Jepun dan Korea Selatan. Hakikatnya, yang berlaku di Malaysia sekarang ini :

  • Kita banyak mengimport “imigran murah” yang menekan & menindas golongan yang berpendapatan rendah.
  • Tetapi rakyat Malaysia yang berkualiti ramai yang keluar ke luar negara untuk menyumbang kepakaran mereka di negara lain yang akhirnya menimbulkan masalah besar bagi Malaysia iaitu “brain drain”.

Apa yang patut dicontohi negara Malaysia merujuk kepada apa yang dilakukan oleh Jepun & Korea Selatan bagi merancakkan lonjakan ekonomi mereka sejak daripada awal lagi seperti :

Melabur dalam manusia, bakat, dan teknologi dengan meningkatan kecekapan melibatkan aspek pendapatan, penyelidikan & inovasi.

Negara Berpendapatan Tinggi : Contohi Pelaksanaan Yang baik Dari Negara Maju Yang Lain

Bukan setakat mengharapkan sumber asli semata. Negara lain sudah membuktikannya. Kemudian satu lagi contoh negara jiran kita di bahagian selatan iaitu Singapura, adakah rakyat Singapura hebat-hebat belaka? Tidak juga. Kerana masih lagi ramai rakyat Malaysia yang berkualiti kerja di sana. Tetapi ada perbezaan antara Malaysia dengan negara-negara seperti di atas :

  • Benar, universiti tempatan tidaklah seburuk yang disangkakan tetapi berhenti sekadar di peringkat penyelidikan sahaja
  • Tetapi masih lagi di “tahap yang rendah” apabila melibatkan nilai-nilai penyelidikan & kurang dikomersialkan
  • Negara seperti Korea Selatan, Jepun & Singapura meletakkan pendidikan di satu sudut yang sangat-sangat diberikan keutamaan. Mereka tiada kompromi daripada soal itu walaupun melibatkan bajet & perbelanjaan yang besar
  • Sebab, ia memang “satu pelaburan yang menguntungkan kepada sesebuah negara” untuk jangka masa panjang

Hasrat dan dasar kerajaan kerajaan untuk menjadikan negara kita Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Kami pasti semua rakyat Malaysia akan menyokong dasar seperti ini. Tetapi yang menjadi persoalan dan pertikaian ramai adalah PELAKSANAANNYA.

Tiada ulasan: