Sabtu, 24 Disember 2011

Kesombongan Najib tercalar

Ismail Dahlan


Salah seorang daripada pelajar yang menunjuk perasaan menuntut pemansuhan AUKU pada Sabtu lepas, Adam Adli telah menurunkan bendera Najib Tun Razak. Tidak jelas mengapa Najib Tun Razak mahukan gambar dirinya dikibarkan sebagai bendera. Adakah dia menyangka bahawa dia adalah sebuah negara?

Ini mungkin kali pertama ramai di antara kita yang melihat amalan itu dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia. Najib Tun Razak telah membenarkan dirinya dikibarkan sebagai bendera di hadapan ibu pejabat parti itu. Ia adalah lebih kepada perbuatan yang dilakukan oleh mendiang Kim Jong-il, pemimpin komunis Korea Utara.

Kes muka Najib pada bendera ini agak menjengkelkan apabila ia juga disertai lagu yang dipanggil 'PM Kita' yang sedang dimainkan di saluran propaganda biasa BN.

Sangat jelas keangkuhan Najib. Beliau bolehlah dikatakan memulakan pemujaan personaliti! Atau mungkin kita harus jujur, dan memanggil ia sebagaipemujaan kekurangan-personaliti. Antara salah satu sifat yang membezakan Najib dari Anwar Ibrahim, adalah karisma Anwar, personaliti dan kecerdasan beliau yang tiada pada Najib.

Kim Jong Il Malaysia

Jika kita dalam rancangan Oprah, kita bolehlah mengkaji sejarah kanak-kanak najib yang telah menjadikan dirinya sangat haus kepada perhatian. Memandangkan kita bukan dalam rangcangan Oprah, kita bantu Najib untuk mendapatkan cara lain untuk mendapat perhatian.

Boleh dihasilkan cawan Najib, topi Najib, lukis Najib pada tepi LRT dan KTM ataupun pada kapal terbang Air Asia. Boleh juga pada bas, beg sekolah, bola golf dan nama Najib ditulis oleh kapal terbang yang menulis di langit biru.

Sekiranya ini tidak cukup, beliau boleh terbitkan buku bagaimana beliau telah berjaya mendapatkan 12-hole in one sewaktu pertama kali bermain golf (Kim Jong Il mendakwa dirinya mendapat 11), atau, bagaimana tahi bintang jatuh semasa beliau dilahirkan.

Polis dan UMNO mengamuk kerana insiden

Adam Adli yang cuba untuk membuat laporan polis terhadap ugutan yang dia terima telah cuba diserang oleh seorang polis berpakaian biasa (ada dalam Youtube).

Polis yang sama, mendakwa namanya Ruslan Mokhtar menyama

r sebagai orang awam yang marah kerana perbuatan Adam yang menurunkan bendera Najib.

Ruslan juga menepis dakwaan bahawa beliau adalah gangster UMNO walaupun beperlakuan seperti itu. Sukar untuk mempastikan bahawa Ruslan itu adalah Gangster UMNO ataupun polis berpakaian biasa kerana kedua-dua

entitiitu tidaklah eksklusif secara mutual. Ruslan juga mengugut bahawa beliau akan mencari Adam dan mengajar Adam.

Polis yang ada di situ tidak sedikitpun berminat untuk menguatkuasakan undang-undang dengan menahan Ruslan kerana membuat kenyataan seperti itu.

Kemungkinan mereka menunggu aduan barulah mereka bertindak.

Tidak lagi menjadi wakil tunggal orang melayu

Apa yang pasti adalah perbuatan Adam telah menaikkan kemarahan

orang UMNO yang sudah pun goyah. Mereka telah bertindak balas dengan memanggil Adam “Kurang Ajar” dan mengugut untuk mencederakan

Adam secara fizikal dan memburu budak itu. Mungkin tidak pernah lagi kita dengan seorang Melayu masuk ke ibu pejabat UMNO danmenurunkan bendera presiden itu. Tetapi masa sudah berubah

dan UMNO terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi menjadi wakil tunggal kepada orang Melayu.

Mereka sebenarnya sudah lama tidak menjadi wakil tunggal orang Melayu

.Sudah pasti UMNO tidak mewakili 70% daripada orang Melayu yang berada di bawah paras kemiskinan di Malaysia. Sebaliknya,

UMNO mewakili minoriti Melayu kaya yang telah dibantu olej polisi dan layanan istimewa dan menidakkan majoriti orang Melayu dan juga kaum lain.

Bagaimana beliau negara harus menghormati seseorang yang sombong dan tidak cekap?

UMNO sekarang membiarkan menteri yang pasangan mereka serta anak-anak mereka melaburkan wang berjuta-juta ringgit kepada kondo di KL, Singapura dan entah di mana lagi. Penyalahgunaan kuasa sebegini bukanlah sesuatu yang dilakukan oleh individu-individu tertentu tetapi menjadi sistem yang dipraktikkan mereka di akar umbi.

Sebagai contoh, NFC telah dianugerahkan kepada keluarga Shahrizat Jalil tetapi Muhyiddin lah yang meluluskan wang awam tanpa apa-apa syarat walaupun perjanjian belum dimetrai. Ia juga kelihatan seperti telah di atur oleh Khairy Jamaluddin yang telah beriya-iya mempertahankan Shahrizat Jalil. Rakyat yang juga sedang berhadapan dengan kenaikkan harga boleh dimaafkan kerana membuat kesimpulan bahawa mereka juga ada bahagian dalam penyalahgunaan ini.

Bagi Adam Adli yang disifatkan sebagai kurang ajar, beliau sebenarnya adalah seorang wira Melayu dan Malaysia sejati. Meletakkan wajah beliau pada bendera semestinya lebih berbaloi berbanding si Najib yang angkuh, berangan dan tidak berdaya itu.

Tiada ulasan: