Rabu, 23 Mac 2011

Seramai 9,239 Pelajar Dapat Semua A Dalam SPM 2010

PUTRAJAYA: Seramai 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencatatkan gred keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Keputusan tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 1,252 orang calon berbanding 7,987 pelajar pada tahun 2009.

Keputusan diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud di Kementerian Pelajaran di sini, Rabu.

Beliau berkata keputusan tersebut merupakan keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun.

Tiada ulasan: