KUCHING : Pihak gereja di Kuching hari ini menuntut penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri yang mengenakan syarat ke atas pengedaran 30,000 naskah Kitab Injil di kalangan penganut Kristian setelah KDN bersetuju untuk menarik balik larangan itu.
Malaysiakini melaporkan bahawa pihak gereja tidak berpuas hati atas syarat KDN mahukan nombor siri dicetak berserta dengan cop “Untuk Penganut Kristian Sahaja” pada setiap naskah Kitab Injil itu.
Sementara menunggu penjelasan dari KDN itu, pihak gereja berkenaan memutuskan untuk tidak mengambil naskah Kitab Injil berkenaan yang di tahan oleh kementerian berkenaan.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala secara tiba-tiba mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan penahanan 35,000 naskah Kitab Injil bahasa
Melayu, termasuk 5,000 yang ditahan di Pelabuhan Kelang sejak 2009.
Sarawak mempunyai jumlah penganut Kristian yang terbesar di Malaysia dan keputusan kerajaan itu dipercayai akibat khuatir kehilangan sokongan pengundi pada pilihanraya negeri yang harus diadakan sebelum Julai ini.
Adalah difahamkan kumpulan-kumpulan Kristian menolak syarat-syarat KDN itu kerana ia bermakna Kitab Inil itu tidak boleh dimiliki oleh penganut bukan Islam dan menjejaskan kegiatan dakwah pihak Gereja yang tidak melibatkan penganut Islam.
“Kami faham jika larangan ini bagi memastikan orang Islam tidak dipengaruhi dengan Kitab Injil tetapi untuk melarang orang lain daripada memiliki buku suci ini adalah tidak adil,” kata seorang pemimpin masyarakat Kristian
Rabu, 16 Mac 2011
Kitab Injil : Gereja Sarawak Tolak Syarat KDN
TVS NEWS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan