Khamis, 10 Mac 2011

DAP mahu kos projek MRT dikaji semula

BERNAMA

KUALA LUMPUR — DAP hari ini meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatankuasa Pemandu Projek Aliran Transit Massa (MRT) Lembah Klang meneliti semula pelaksanaan projek itu berikutan kosnya didakwa mencecah RM53 bilion.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata parti itu tidak membantah usaha kerajaan melaksanakan Projek MRT itu, tetapi penelitian semula perlu bagi memastikan tidak berlaku ketirisan wang rakyat dan mahu ia dijalankan secara tender terbuka.

“Kami mahu pelaksanaan projek ini dijalankan secara berhemah kerana ia membabitkan wang rakyat.

“Anggaran perbelanjaan baru sebanyak RM53 bilion seperti dilaporkan institusi penyelidikan dalam akhbar hari ini adalah amat tinggi . . . jika berlaku ketirisan sebanyak satu peratus pun, ia membabitkan wang rakyat yang banyak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Tiada ulasan: