Jumaat, 18 Mac 2011

ADUN Selangor Minta Najib Runding Projek Sungai Klang

TVS NEWS

SHAH ALAM : Adun Sekinchan, Ng Sue Lim meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenepikan fahaman politik dan mengamalkan permuafatakan dalam projek River of Life bagi pembersihan dan pembangunan Sungai Klang di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ujarnya, perbincangan mengenai projek Sungai Klang perlu diadakan segera supaya kerja-kerja pembangunan boleh dilakukan segera dan hasilnya dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini.

"Amat malang dan saya cukup kesal dengan keadaan ini dan saya mendesak Najib agar menghormati prinsip kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan mengetepikan elemen perbezaan politik agar dapat sama-sama berkerjasama dan mengembeling tenaga membangunkan negeri dan negara dalam soal pembangunan dan pembersihan Sungai Klang ini,"kata Sue Lim kepada Tv Selangor.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi sepucuk surat menggesa Najib memberi penjelasan berhubung projek River of Life bagi pembersihan Sungai Klang.

Ia ekoran tiada sebarang perkara substantif yang dilakukan dalam menjayakan projek berkenaan walaupun mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah diadakan sebelum ini.

Najib juga diminta menjawab mengapa Lembaga Urus Air Selangor atau Luas tidak diberi tanggungjawab terhadap projek pembersihan sungai di kawasan Selangor.

Selain memohon peruntukan RM2 juta untuk disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyelenggara persekitaran sungai berkenaan, surat tersebut turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri telah menyenarai pendek tiga syarikat untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang.

Khalid dalam suratnya turut mempersoal kenapa kerajaan Selangor disisihkan daripada projek pembersihan dan pembangunan Sungai Klang.

"Sikap yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri banyak membuat keputusan tanpa melibatkan kerajaan negeri seolah-olah tidak menghormati hak kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat ,"ujarnya.

Kerajaan dikatakan telah memilih syarikat MRCB-Ekovest untuk mengendalikan projek tersebut namun tidak diketahui sama ada sistem tender terbuka digunapakai atau sebaliknya.

Tiada ulasan: