Sabtu, 9 Ogos 2008

Anwar bimbang keselamatan Dr. Mohamed Osman
Oleh NURUL AIN HUSSAIN

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat semalam, melahirkan kebimbingannya terhadap keselamatan doktor Mohamed Osman Abdul Hamid dari Pusrawi.

“Saya tidak mahu kes seperti mana terjadi kepada penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam. Beliau hilang setelah membuat pengakuan bersumpah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Anwar turut meminta supaya keselamatan Dr Mohamed Osman dijamin kerana doktor berkenaan berada dalam keadaan ketakutan.

Menurut Anwar dalam akuan bersumpahnya itu doktor berkenaan mengaku beliau diugut oleh polis untuk menukar akuan bersumpah berkenaan.

Jelasnya ini satu ugutan terhadap doktor tersebut dan perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

Dalam pengakuan bersumpahnya 1 Ogos lalu, Dr. Mohamed Osman berkata beliau tetap berpegang teguh kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu.

Sejak laporan perubatan berkenaan tersebar 28 Julai lalu Dr. Mohamed Osman telah menghilangkan diri bersama keluarganya.

Difahamkan beliau kembali ke kampung halamannya di Myanmar kerana takut.

Pada 26 Jun lalu, doktor Mohamed Osman telah menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful setelah beliau mengadu sakit perut.

Dalam laporan perubatannya doktor berkenaan melaporkan tiada berlakunya liwat ke atas mangsa.

Beliau kemudian meminta mangsa menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: