Sinar Harian
AYOB KHAN: Tindakan tersebut tanpa mengira pangkat dan status
mereka. Ia dikenali sebagai pencen seringgit. - BERNAMA
SHAH ALAM:
Tindakan ditamatkan perkhidmatan atau ‘pencen seringgit’ terhadap
pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat rasuah seperti
yang pernah dilaksanakan ketika zaman bekas Ketua Polis Negara (KPN),
Tun Mohammed Hanif Omar perlu diperkenalkan semula.
Ketua
Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, langkah itu antara
bukti ketegasan ke atas mana-mana pegawai kanan atau anggota bawahan
yang terlibat dengan kesalahan itu.
Beliau
berkata, tindakan ‘pencen seringgit’ atau dalam tafsiran undang-undang
yang sebenar adalah Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam iaitu
di bawah Peraturan 49 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &
Tatatertib) 1993 itu pernah dilaksanakan pada era 1980-an.
“Dalam
konteks ketegasan menangani isu rasuah dalam PDRM, saya suka menarik
perhatian kepada era 1980-an di mana KPN ketika itu, Tun Hanif Omar dan
lain-lain pegawai kanannya yang mengambil tindakan ‘ditamatkan
perkhidmatan’ ke atas pegawai-pegawai tinggi PDRM yang terlibat dalam
rasuah.
“Tindakan tersebut tanpa mengira pangkat dan status mereka. Ia dikenali sebagai ‘pencen seringgit’.
“Selepas
era tersebut, amat jarang atau tidak pernah kita dengar lagi pegawai
tinggi PDRM dikenakan tindakan ‘pencen seringgit’ atau dibuang kerja.
“Yang
sering diuar-uarkan adalah tindakan buang kerja ke atas anggota
bawahan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Bekas
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas
Bukit Aman itu berkata, isu membabitkan rasuah dan salah laku pegawai
dan anggotanya antara perkara yang diberi fokus utamanya.
Jelas
beliau, tindakan tegas dan tanpa kompromi terhadap pegawai dan anggota
polis Johor yang terlibat dengan rasuah dan salah laku lain dibuktikan
apabila seramai 43 anggota dan seorang pegawai kanan telah dituduh di
mahkamah sejak menerajui Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mulai
Mac tahun lalu hingga kini.
Dalam
statistik sama katanya, seramai 46 lagi anggota telah dibuang kerja,
manakala 57 orang lagi iaitu empat pegawai dan 53 anggota telah ditahan
kerja dan seramai 12 orang anggota telah digantung tugas.
“Pendekatan
saya dalam memastikan tindakan tegas ke atas pegawai dan anggota yang
terlibat dalam rasuah dan lain-lain salah laku dapat dilihat pada
statistik tangkapan dan pertuduhan di mahkamah melibatkan pegawai dan
anggota sejak saya mengambil alih sebagai Ketua Polis Johor,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan